Posts

Showing posts from 2017

Sekitar 2017 (Oktober - Disember)

Image
PROGRAM : COLLABORATION LIBRARIANSHIP PROGRAM TARIKH     : 11 - 13 DISEMBER 2017 Program ini telah dijalankan di Maahad Syamsul Maarif (P) Lilbanat Pulai Chondong, Kelantan. Ahli Kelab Rakan Pustaka, pelajar praktikal dan staf perpustakaan telah bekerjasama  mengadakan aktiviti Pengkelasan. Menentukan nombor klas bahan mengikut Dewey Decimal Classification (DDC) dan menampal Label Tetulang Buku (Spining label) serta menyusun atur bahan tersebut di rak mengikut klasifikasi yang telah ditetapkan. PROGRAM : TAKLIMAT PERPUSTAKAAN SESI DISEMBER 2017 TARIKH     : 26,28,30 NOVEMBER 2017 Sesi taklimat perpustakaan telah diadakan sempena kemasukan pelajar semester 1 sesi  Disember 2017. Taklimat  ini  bertujuan memberi pengenalan kepada pelajar baru mengenai perkhidmatan Perpustakaan PKB  dan juga tentang Kelab Rakan Pustaka.    PROGRAM : STOCK CHECKING TARIKH     : 8 - 16 NOVEMBER 2017 Aktiviti stock checking telah dijalankan oleh staf

Sekitar 2017 (Julai - September)

Image
PROGRAM : BENGKEL KEUSAHAWANAN MEMBUAT ROTI TARIKH :   30 SEPTEMBER 2017 Pada 30 September 2017, Unit Perpustakaan telah menganjurkan Bengkel Keusahawan Membuat Roti yang bertempat di G'Cafe Politeknik Kota Bharu. Tujuan diadakan bengkel ini untuk memberi pendedahan kepada ahli Kelab Rakan Pustaka dan staf perpustakaan tentang cara dan teknik asas membuat pelbagai roti. Bengkel ini mendapat khidmat dan tunjuk ajar daripada Puan Norarsikin Bt Mat Dahan dan Cik Nor Nadhirah Bt Mohd Fariq yang  mempunyai pengalaman dalam pembelajaran  membuat roti.                                                           Suasana semasa bengkel dijalankan.. PROGRAM : LAWATAN PENANDARASAN DARI KOLEJ KOMUNITI BESUT TARIKH :   28 OGOS 2017 Pihak perpustakaan telah menerima lawatan kerja dari  3 orang staf Kolej Komuniti Besut yang bertujuan untuk melihat pengoperasian sistem Perpustakaan PKB. PROGRAM : PAMERAN KEMERDEKAAN TARIKH :   BULAN OGOS Sempena menyambu

Sekitar 2017 (April-Jun)

Image
PROGRAM : PEMINJAM TERTINGGI BULAN JUN TARIKH : 1-30 JUN 2017 Peminjam buku tertinggi bulan Jun telah dimenangi oleh Wan Najihah Binti Wan Hussin dari Jabatan kejuruteraan Awam. Menerima sijil penghargaan dan sebuah buku daripada pihak perpustakaan. PROGRAM : TAKLIMAT PERPUSTAKAAN SESI JUN 2017 TARIKH     :  11,14,15 & 21  JUN  2017 Sesi taklimat perpustakaan telah diadakan sempena kemasukan pelajar semester 1 sesi Jun 2017. Taklimat perpustakaan ini diadakan bagi memberikan pengenalan kepada pelajar baru mengenai perpustakaan serta Kelab Rakan Pustaka.  PROGRAM : MENGHIAS KAUNTER PERPUSTAKAAN SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TARIKH     :  19  JUN  2017 Aktiviti menghias kaunter perpustakaan telah dijalankan oleh pelajar praktikal bersama ahli Kelab Rakan Pustaka sempena dengan hari raya Aidilfitri.  PROGRAM : STOCK CHECKING TARIKH     : 30  MEI  2017 Aktiviti stock checking telah dijalankan oleh staf-