Sekitar 2016 (Januari - September)

PROGRAM : PENGUNJUNG BERTUAH MINGGUAN BULAN SEPTEMBER
TARIKH:   01-30 SEPTEMBER 2016

Sepanjang bulan Ogos, pengunjung bertuah mingguan telah dipilih dalam kalangan pelajar yang berkunjung ke perpustakaan PKB. Program ini juga akan terus dijalankan pada setiap bulan. Seorang pelajar akan dipilih sebagai pengunjung bertuah pada setiap minggu. Program ini diadakan untuk menarik minat para pelajar agar lebih kerap berkunjung ke perpustakaan.





Antara pengunjung yang bertuah pada bulan September






PROGRAM : PEMINJAM BUKU TERTINGGI BULAN SEPTEMBER
TARIKH:   1 - 30 SEPTEMBER 2016

Peminjam buku tertinggi bulan September ialah Che Norhaliza Binti Che Ramli daripada Jabatan Perdagangan. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk menggalakkkan budaya membaca dalam kalangan pelajar.



Tahniahhhh kepada Che Norhaliza..







PROGRAM : PEMINJAM BUKU BERTUAH BULAN SEPTEMBER
TARIKH:   1 - 30 SEPTEMBER 2016

Peminjam buku bertuah bulan September ialah Aina Aishah Binti Mahoran daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Tahniah...diucapkan




Tahniah Aina Aishah Binti Mahoran..






PROGRAM : TEAM BUILDING DI PANTAI SRI TELONG & FAMILY DAY
TARIKH  :24 SEPTEMBER 2016

Team building & family day di Pantai Sri Telong diadakan sederhana tetapi meriah dengan pelbagai aktiviti. Ianya bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dalam suasana penuh kekeluargaan dan setia kawan.



Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program berlangsung...




PROGRAM : BENGKEL SUMBER ELEKTRONIK PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
TARIKH  :22 SEPTEMBER 2016 

Tujuan bengkel ini untuk mendedahkan pelajar mengenai sumber dan cara penggunaaan alat elektronik PNM. Peserta bengkel terdiri daripada pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam, seramai 15 orang. Pn. Kasuma Dewi Bt Said  ialah  penceramah bagi bengkel tersebut.



Sesi bengkel dan bergambar bersama para peserta....





PROGRAM : BOOKS4U
TARIKH:  20 SEPTEMBER 2016

Bertempat di ruang legar Perpustakaan PKB berjalannya program Books4u . Ianya bertujuan untuk memudahkan staf dan pelajar meminjam buku tanpa perlu berkunjung ke perpustakaan. Aktiviti galakan membaca ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga PKB









PROGRAM : BENGKEL PORTAL SUMBER MANUSIA ELEKTRONIK DI HULU TERENGGANU
TARIKH  :18 SEPTEMBER 2016 

Bengkel yang dijalankan di Politeknik Hulu Terengganu berjalan dengan jayanya. Ianya bertujuan untuk meningkatkan pengentahuan kepada staf dan pelajar dalam pencarian maklumat melalui sistem elektronik.



Bengkel bersama staf dan pelajar Politeknik Hulu Terengganu




Bengkel bersama pelajar Jabatan Perdagangan PKB


PROGRAM : PEMINJAM BUKU BERTUAH BULAN OGOS
TARIKH:   1 - 31 OGOS 2016

Peminjam buku bertuah bulan Ogos 2016 ialah Dzahaifa Binti Dzukarnai dari Jabatan Kejuruteraan Awam.





Tahniaaahhhh!!!


                                         

PROGRAM : PEMINJAM BUKU TERTINGGI BULAN OGOS
TARIKH:   1 - 31 OGOS 2016

Peminjam buku tertinggi bulan Ogos ialah Iffa Ilya Binti Mohd Isa dari Jabatan Kejuruteraan Awam. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk menggalakkkan budaya membaca dalam kalangan pelajar.



Comel dan manis adik iffa dinobatkan sebagai peminjam tertinggi...







PROGRAM: PAMERAN KEMERDEKAAN
TARIKH:   25 OGOS 2016

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos, perpustakaan PKB telah mengadakan aktiviti menghias perpustakaan bertemakan kemerdekaan. Pelajar-pelajar praktikal dan beberapa orang pelajar dari Kelab Rakan Pustaka juga turut membantu dalam menjayakan aktiviti tersebut. Selain itu, buku-buku berkaitan tokoh-tokoh negara juga turut dipamerkan. Aktiviti sebegini dapat menyemai semangat cintakan negara dalam diri setiap individu.



                                     
Fuhh!! Bersemangat pelajar-pelajar menghias dan menggantung bendera.. Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 59...                 




PROGRAM : PENGUNJUNG BERTUAH MINGGUAN BULAN OGOS
TARIKH:   01-31 OGOS 2016

Sepanjang bulan Ogos, pengunjung bertuah mingguan telah dipilih dalam kalangan pelajar yang berkunjung ke perpustakaan PKB. Program ini juga akan terus dijalankan pada setiap bulan. Seorang pelajar akan dipilih sebagai pengunjung bertuah pada setiap minggu. Program ini diadakan untuk menarik minat para pelajar agar lebih kerap berkunjung ke perpustakaan. Tahniah diucapkan kepada semua pengunjung bertuah sepanjang bulan ogos!






Pengunjung bertuah menerima hadiah daripada pihak Perpustakaan PKB.





PROGRAM : GERAK BACA TADIKA CILIK PINTAR
TARIKH:   24 OGOS 2016

Pada 24 Ogos 2016, program gerak baca Tadika Cilik Pintar telah diadakan dengan jayanya yang bertempat di Tadika Cilik Pintar. Seramai 21 orang kanak-kanak Tadika Cilik Pintar yang berumur 4 hingga 6 tahun telah menyertai program ini. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program tersebut. Antaranya aktiviti menyanyi, bercerita, pertandingan mewarna, pertandingan membuat puppet, dan membuat origami. Program sebegini dapat mencungkil bakat yang terpendam dalam diri kanak-kanak serta dapat meningkatkan daya kreativiti mereka.



Program ini berjalan dengan jayanya! 


PROGRAM : BOOKS4U
TARIKH:   23 OGOS 2016

Program BOOKS4U anjuran Perpustakaan PKB telah diadakan di Student Center PKB. Program ini akan terus dijalankan pada setiap bulan. Ianya bertujuan untuk memudahkan warga PKB meminjam buku tanpa perlu berkunjung ke perpustakaan. Selain itu, peminjam buku juga dapat menjawab kuiz yang disediakan dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik!



                                        

Suasana sepanjang books4u






PROGRAM : PERTANDINGAN BOWLING
TARIKH:   05 OGOS 2016

Pada 05 Ogos 2016 bertempat di Pacific Bowling, KB Mall  berlangsungnya satu bowling tournament. Aktiviti ini melibatkan staf perpustakaan bersama ahli kelab dengan tujuan untuk mengukuhkan silaturahim sesama ahli dan juga staf perpustakaan.  Tahniah...diucapkan kepada kumpulan 4 juara pertandingan ini dan semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini.



Jom..ke Pacific Bowling, KB Mall


PROGRAM : LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI SMK KUBANG KERIAN
TARIKH:   04 OGOS 2016

Perpustakaan PKB telah menerima kunjungan daripada pelajar SMK Kubang Kerian seramai 40 orang. Pelajar diberi taklimat ringkas oleh Penolong Pegawai Perpustakaan dan melawat sekitar perpustakaan. 


En. Azwar memberi taklimat ringkas kepada para pelajar


PROGRAM : PEMINJAM BUKU BERTUAH BULAN JULAI 
TARIKH:   1 - 31 JULAI 2016

Peminjam buku bertuah bulan Julai 2016 ialah Mohamad Rais Azfar bin Rahidi daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Tahniah...diucapkan.



PROGRAM : PEMINJAM BUKU TERTINGGI BULAN JULAI
TARIKH:   1 - 31JULAI 2016

Peminjam buku tertinggi bulan Julai ialah Ahmad Zulfadhli b. Azizan daripada Jabatan Perdagangan. Tujuan aktiviti ini ialah untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan pelajar.








PROGRAM :  MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 

TARIKH: 27 JULAI 2016 

Perpustakaan telah mengadakan majlis sambutan hari raya yang bertempat di G' Cafe PKB. Staf jabatan, unit dan ahli kelab dijemput untuk memeriahkan majlis ini. Walaupun diadakan pada skala yang sederhana namun kemeriahannya tetap terasa.




Posing bersama Tuan Pengarah...










    Suasana majlis...



PROGRAM : OPPS DISIPLIN PERPUSTAKAAN PKB
TARIKH: 25 JULAI 2016 

Perpustakaan PKB turut menjalankan operasi disiplin di dalam perpustakaan. Ianya bertujuan agar pengguna mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.





PROGRAM : PEMILIHAN AHLI BARU KELAB RAKAN PUSTAKA
TARIKH: 18 JULAI 2016 

Setiap semester Kelab Rakan Pustaka akan membuat pemilihan ahli baru. Pemilihan ahli terbuka kepada pelajar semester satu sahaja. Sesi temuduga dan latihan diberi kepada ahli baru sebelum pemilihan dibuat.


Ahli kelab memberi latihan


Sesi temuduga




PROGRAM : MalaysiaNgaji 
TARIKH: 29 JUN 2016 

Sempena program MalaysiaNgaji, Perpustakaan PKB meluangkan masa selama satu jam membaca al-Quran serentak beramai-ramai. Bacaan diketuai oleh Ustazah Tuan Rogayah Binti Raja Omar bersama pelajar Jabatan Pengajian Am dan staf perpustakaan.











PROGRAM : SEPAGI BERSAMA PENULIS
TARIKH: 23 JUN 2016

Program Sepagi Bersama Penulis anjuran Perpustakaan PKB  telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh. Penulis jemputan ialah Aspalila binti Awang iaitu penulis novel dan merupakan pensyarah PKB. Program ini memuatkan bual bicara bersama penulis dan sesi soal jawab. Tujuannya untuk mendedahkan pelajar sekolah kepada teknik penulisan yang betul.


Sesi bersama penulis
Cenderahati kepada pelajar SMK Ketereh
 

PROGRAM : TAKLIMAT PERPUSTAKAAN SESI JUN 2016
TARIKH: 19-23 JUN 2016

Taklimat perpustakaan disampaikan kepada pelajar sem.1 untuk menyalurkan maklumat berkaitan koleksi perpustakaan, keahlian, kemudahan dan memberi tunjuk ajar penggunaan portal.



Taklimat disampaikan dalam bentuk tayangan video
 
Taklimat daripada ahli Kelab Rakan Pustaka

PROGRAM : PKB LIBRARY WEEK
TARIKH:   19-23 JUN 2016

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang Library Week seperti pameran membaca, pameran anti dadah, kuiz teka silang kata, roda impian dan pertandingan indoor games. Aktiviti ini terbuka kepada pelajar  PKB yang mengunjungi perpustakaan.

Roda impian


Pameran anti dadah


Indoor games



PROGRAM : I LOVE LIBRARY PKB
TARIKH:   1 JUN 2016

Sempena musim cuti sekolah, perpustakaan telah menganjurkan Program I Love Library PKB. Aktiviti ini terbuka kepada  anak-anak staf Politeknik Kota bharu yang berumur dari 10-12 tahun. Pelbagai aktiviti yang dianjurkan seperti teknik membaca secara bijak, let's read for 10 minutes dan explorace. Aktiviti ini mampu meningkatkan keyakinan diri pelajar dengan berinteraksi dengan masyarakat luar.



Sesi bersama Pn. Juwita Marhayu



Explorace 






PROGRAM : FUN AT LIBRARY PKB
TARIKH:   1 JUN 2016

Unit Perpustakaan PKB telah mengadakan program Fun at Library PKB. Program ini disertai oleh anak-anak staf Politeknik Kota bharu yang berumur dari 4-9 tahun. Pelbagai aktiviti yang dianjurkan seperti mari mewarna, sesi bercerita, origami, world scramble, jigsaw puzzles dan banyak lagi. Aktiviti  ini dapat mempamerkan bakat yang terpendam dalam diri kanak-kanak.


Aktiviti mari mewarna




Kanak-kanak seronok membuat origami


Sesi bercerita bersama Abang Fikri


PROGRAM :  TEAMBUILDING KE PULAU PERHENTIAN
TARIKH:   11 MEI 2016

Unit Perpustakaan PKB telah mengadakan program teambuilding. Sehari bersama ke Pulau Perhentian telah menggamit banyak kenangan manis kepada ahli kelab . Program ini berjalan dengan jayanya.




Keindahan Pulau Perhentian..



Bergambar kenangan



PROGRAM : PROGRAM JEJAK MAKLUMAT
TARIKH:   10 MEI 2016

Unit Perpustakaan PKB telah mengadakan program Jejak Maklumat. Aktiviti ini diadakan di  perpustakaan dan sekitar PKB . Ianya bertujuan untuk merapatkan hubungan antara staf dan ahli Kelab Rakan Pustaka.

Staf dan ahli kelab sporting habis....

PROGRAM : BENGKEL PENCARIAN MAKLUMAT DALAM INTERNET DAN JOM BACA 
BERSAMA  10 MINIT
TARIKH: 25 APRIL 2016

Unit Perpustakaan PKB telah mengadakan bengkel pencarian maklumat dalam internet. Bengkel ini bertujuan mendedahkan pensyarah mengenai sumber dan cara penggunaaan alat elektronik PNM. En. Mohammad Azwar ialah penolong pegawai  perpustakaan  selaku penceramah bagi  bengkel tersebut. Pada kesempatan itu, staf PKB berhenti sekejap dan membaca selama 10 minit untuk sesi ' Jom Baca Bersama'.

En Azwar menerangkan cara-cara menggunakan alat elektronik PNM



Sesi  'Jom Baca Bersama'  selama 10 minit
PROGRAM : PEMINJAM BUKU BERTUAH BULAN MAC
TARIKH:   1 - 31 MAC 2016

Peminjam buku bertuah bulan Mac ialah Mohamad Haika Ikmal Bin Mohd Azaki  daripada Jabatan Kejuruteraan Awam. Tahniah...diucapkan.


Hadiah disampaikan oleh Pn. Noormey


PROGRAM : PEMINJAM BUKU TERTINGGI BULAN MAC
TARIKH:   1 - 31 MAC 2016

Peminjam buku tertinggi bulan Mac ialah Sik Suan Cheng  daripada Jabatan Perdagangan. Tujuan aktiviti ini ialah untuk  menggalakkan budaya membaca di kalangan pelajar. Pemenang membawa pulang hamper dan sijil penyertaan.




Tahniah...diucapkan.


PROGRAM : DINNER DAN MAJLIS PERPISAHAN KRP 
TARIKH : 31 MAC 2016 

Dinner dan majlis perpisahan ahli KRP disambut dengan meriah di Hotel Grand Riverview. Majlis ini diadakan sempena meraikan ahli KRP semester akhir.




Staf dan pelajar bergambar setelah selesai majlis





PROGRAM : GOTONG ROYONG  5S 
TARIKH : 23 MAC 2016

Gotong royong ini di jalankan mengikut kumpulan dan kawasan 5s. Sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal. Kawasan dan tempat kerja akan lebih bersih dan tersusun. 










PROGRAM : AUDIT MQA                                               
TARIKH : 15 MAC 2016

Audit ini bertujuan untuk menjamin kualiti pengajian tinggi dan memberi perakuan akreditasi kepada program-program yang memenuhi kriteria dan standard yang ditetapkan.






PROGRAM : LAWATAN PENGANTARABANGSAAN KE KOREA SELATAN            
TARIKH : 01- 07 MAC 2016 

Unit Perpustakaan PKB telah mengadakan lawatan ke Korea Selatan. Lawatan itu disertai oleh beberapa orang staf dan juga ahli kelab rakan pustaka. Banyak tempat yang dilawati seperti Myeongdang, Gyeongbogung Palace, National Museum, National Library of Korea, Dongdaemun, Mount Seorak, Nami Island, Seoul Tower, Namsangol Hanok Village dan Insadong.Tujuan lawatan ini untuk meningkatkan sahsiah diri dan mendedahkan peserta kepada sosiobudaya di negara lain.




National Library of Korea






PROGRAM : GOTONG ROYONG  5S 
TARIKH : 25 FEBRUARI 2016

Gotong royong ini di jalankan di aras 1 perpustakaan. Penyusunan semula buku  rak ini dijalankan oleh staf perpustakaan,  pelajar praktikal dan bersama ahli kelab. Gotong royong ini berjalan lancar dengan kerjasama yang diberi.













PROGRAM : PEMINJAM BUKU TERTINGGI BULAN FEBRUARI
TARIKH:   1 - 29 FEBRUARI 2016

Peminjam buku tertinggi bulan Februari ialah Nur Atiq Amaneena Bt Shamsu Kamal  daripada Jabatan Perdagangan. Tujuan aktiviti ini ialah untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan pelajar.


Membawa pulang hamper bersama sijil penyertaan


PROGRAM : PEMINJAM BUKU BERTUAH BULAN FEBRUARI
TARIKH:   1 - 29 FEBRUARI 2016

Peminjam buku bertuah bulan Februari ialah Nur Atikah Bt Yunus daripada Jabatan Perdagangan. Syabas..diucapkan.



Membawa pulang hamper..
PROGRAM : PROGRAM JEJAK MAKLUMAT                
TARIKH : 23 FEBRUARI 2016  

Unit Perpustakaan PKB telah menganjurkan program jejak maklumat bersama setiap ahli kelab di PKB . Program ini bertujuan untuk menguji minda peserta dalam menyelesaikan suatu masalah. Semua ahli memberi kerjasama dan program ini berjalan dengan jayanya.


Para peserta mendengar taklimat sebelum aktiviti bermula..

Sesi bergambar bersama hadiah kemenangan

PROGRAM : BENGKEL SUMBER ELEKTRONIK PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA (PNM)
TARIKH  :18 FEBRUARI 2016 

Tujuan bengkel ini untuk mendedahkan pelajar mengenai sumber dan cara penggunaaan alat elektronik PNM. Peserta bengkel terdiri daripada ahli Kelab Rakan Pustaka. En. Mohammad Azwar  ialah penolong pegawai perpustakaan selaku penceramah bagi bengkel tersebut








PROGRAM : LAWATAN PENANDARASAN KE IPG PENGKALAN CHEPA                     
TARIKH : 17 FEBRUARI 2016  

Unit Perpustakaan PKB telah mengadakan lawatan penandarasan 5s ke IPG Pengkalan Chepa. Lawatan itu disertai oleh staf perpustakaan,staf daripada Unit Sistem Maklumat PKB dan juga ahli Kelab Rakan Pustaka. 









PROGRAM : BENGKEL PENGGAMBARAN DAN MEMBUAT VIDEO 
TARIKH :10 FEBRUARI 2016 

Unit Perpustakaan PKB telah mengadakan bengkel membuat video yang melibatkan ahli KRP. Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang asas-asas untuk membuat video menggunakan adobe premiere secara kreatif dan menarik minat penonton.










Sesi bergambar setelah selesai bengkel

PROGRAM : GOTONG ROYONG MEGA 5S 
TARIKH : 03 FEBRUARI 2016 

Perpustakaan PKB telah bekerjasama dengan pelajar praktikal menyusun atur PC di carel dan bahan perpustakaan yang lain. Selain itu, beberapa pelajar dari Kelab Rakan Pustaka juga turut membantu. Tujuan utama gotong royong ialah untuk mempraktikkan disiplin dan moral yang baik di kalangan pekerja di mana ia akan meningkatkan prestasi serta produktiviti dan seterusnya membentuk tabiat kerja yang baik. 

Staf perpustakaan bekerjasama menyusun atur barang di stor G'Cafe

Pelajar praktikal menyusun PC di meja karel



PROGRAM : BENGKEL SUMBER ELEKTRONIK PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA (PNM)
TARIKH  :14, 21 DAN 28 JANUARI 2016

Perpustakaan PKB mengadakan  bengkel ini untuk mendedahkan pelajar mengenai sumber dan cara penggunaaan alat elektronik PNM. Penglibatan pelajar daripada Jabatan Perdagangan PKB amat menggalakkan dan tiga sesi bengkel telah dijalankan pada tarikh yang berlainan. En. Mohammad Azwar ialah penolong pegawai perpustakaan  selaku penceramah bagi  bengkel tersebut.



Peserta bengkel Sumber Elektronik

PROGRAM : MAJLIS APRESIASI 2015 POLITEKNIK KOTA BHARU 
TARIKH  :14 JANUARI 2016 

Majlis Apresiasi PKB 2015 telah diadakan di Dewan Jubli Perak Politeknik Kota Bharu. Program ini dianjurkan oleh pihak Politeknik Kota Bharu sebagai menghargai sumbangan staf, pelajar, media dan masyarakat setempat kepada Politeknik Kota Bharu.Pada majlis ini, Perpustakaan Politeknik Kota Bahru telah merangkul empat anugerah. Anugerah Unit terbaik 2015, Anugerah Kategori Mentor Keusahawanan terbaik 2015 (telah dimenangi oleh Puan Kasuma Dewi binti Said, Ketua Unit Perpustakaan),  Anugerah Kiosk Terbaik 2015 (telah dimenangi oleh G Cafe yang diuruskan oleh Kelab Rakan Pustaka dan Perpustakaan PKB) dan Anugerah Usahawan Kampus terbaik (telah dimenangi oleh Nur Imani Fadhlin Sakina binti Mat Zain dari Kelab Rakan Pustaka) Semoga Perpustakaan Politeknik Kota Bharu terus maju dimasa akan datang.




         Bergambar kenangan bersama anugerah yang diterima..syabas diucapkan.

PROGRAM :JOM KENALI PERPUSTAKAAN
TARIKH : 10 - 21 JANUARI 2016 

Jom kenali perpustakaan ialah aktiviti yang melibatkan dua peraduan iaitu kuiz pencarian maklumat dan teka jumlah muka surat buku. Terbuka kepada pelajar PKB selama 2 minggu. Terdapat 3 orang pemenang untuk setiap peraduan tersebut.


Syabas..kepada pemenang Jom Kenali Perpustakaan

PROGRAM :KEJOHANAN SUKAN STAF POLITEKNIK KOTA BAHRU ( CONGKAK ) 
TARIKH : 07JANUARI 2016

Staf Perpustakaan turut menyertai Kejohanan Sukan Staf Politeknik Kota Bharu yang diadakan pada 7 Januari 2016.  Puan Normey binti Mohd Nor, Pustakawan telah memenangi tempat ketiga berupa wang tunai.


para peserta sedang menunjukkan bakat masing-masing


Tahniah kepada pemenang


PROGRAM :GOTONG ROYONG 5S PENYUSUNAN SEMULA BAHAN PERPUSTAKAAN  
BERSAMA AHLI KRP
TARIKH :04 JANUARI 2016

Perpustakaan PKB telah berkerjasama dengan Kelab Rakan Pustaka menyusun semula buku - buku di rak perpustakaan. Dengan adanya semangat kerjasama ini kerja yang berat telah menjadi mudah.



saling bekerjasama menyiapkan gotong royong 

PROGRAM : PEMINJAM BUKU TERTINGGI BULAN JANUARI

TARIKH:   1 - 31 JANUARI 2016

Peminjam buku tertinggi bulan Januari ialah Nur Atikah Binti Shafwan daripada Jabatan Kejuruteraan Awam. Tujuan aktiviti ini ialah untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan pelajar.
Tahniah...diucapkan


PROGRAM : PEMINJAM BUKU BERTUAH BULAN JANUARI
TARIKH:   1 - 31 JANUARI 2016

Peminjam buku bertuah bulan Januari ialah Sharifah Nor Subahah Bt Syed Mohammad Sabri daripada Jabatan Kejuruteraan Awam.


Tahniah...diucapkan


Comments

Popular posts from this blog

Sekitar 2023 (Julai- September)

Sekitar 2024 (Jan - Mac)

Sekitar 2023 (Oktober -Disember)