Sekitar 2017 (Julai - September)


PROGRAM : BENGKEL KEUSAHAWANAN MEMBUAT ROTI
TARIKH :  30 SEPTEMBER 2017

Pada 30 September 2017, Unit Perpustakaan telah menganjurkan Bengkel Keusahawan Membuat Roti yang bertempat di G'Cafe Politeknik Kota Bharu.
Tujuan diadakan bengkel ini untuk memberi pendedahan kepada ahli Kelab Rakan Pustaka dan staf perpustakaan tentang cara dan teknik asas membuat pelbagai roti. Bengkel ini mendapat khidmat dan tunjuk ajar daripada Puan Norarsikin Bt Mat Dahan dan Cik Nor Nadhirah Bt Mohd Fariq yang  mempunyai pengalaman dalam pembelajaran  membuat roti.



                                                          Suasana semasa bengkel dijalankan..






PROGRAM : LAWATAN PENANDARASAN DARI KOLEJ KOMUNITI BESUT
TARIKH :  28 OGOS 2017

Pihak perpustakaan telah menerima lawatan kerja dari  3 orang staf Kolej Komuniti Besut yang bertujuan untuk melihat pengoperasian sistem Perpustakaan PKB.








PROGRAM : PAMERAN KEMERDEKAAN
TARIKH :  BULAN OGOS

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos, perpustakaan PKB telah mengadakan aktiviti menghias perpustakaan bertemakan kemerdekaan.  Selain itu, buku-buku berkaitan tokoh-tokoh negara juga turut dipamerkan. Aktiviti sebegini dapat menyemai semangat cintakan negara dalam diri setiap individu.


                                       Pelajar praktikal sibuk menghias ruang pameran..

         

PROGRAM : GOTONG ROYONG EKSA
TARIKH : 16 OGOS  2017

Sebagai persediaan untuk audit EKSA, staf perpustakaan dan pelajar praktikal sama - sama bergotong royong membersih dan mengemas bilik stor dan tandas perpustakaan.








PROGRAM : GOTONG ROYONG EKSA
TARIKH : 02 OGOS 2017

Gotong royong EKSA dijalankan untuk membersih dan mengemas sekitar ruang kerja dan aras bawah perpustakaan.

                       suasana  semasa bergotong royong...




PROGRAM : PEMINJAM TERTINGGI BULAN JULAI
TARIKH : 1-31 JULAI 2017

Peminjam buku tertinggi bulan Julai telah dimenangi oleh Norfahira Atiqah Bt Shahidulbahari daripada jabatan mekanikal. Menerima sijil penghargaan dan sebuah buku daripada pihak perpustakaan.









PROGRAM : PENGUNJUNG BERTUAH MINGGUAN
TARIKH : 1-31 JULAI 2017

Pengunjung bertuah mingguan pada bulan Julai telah menerima sebuah buku  sumbangan daripada Perpustakaan PKB. Aktiviti ini bertujuan untuk menarik minat para pelajar untuk datang ke perpustakaan. 

 
Tahniah...kepada pengunjung bertuah


PROGRAM : MAJLIS PERPISAHAN KETUA UNIT PERPUSTAKAAN
TARIKH :19 JULAI 2017

Majlis perpisahan Ketua Unit Perpustakaan PKB iaitu Pn. Kasuma Dewi Bt Said. Terima kasih kami ucapkan di atas segala tunjuk ajar dan jasa bakti selama ini. Tahniah..di atas kenaikan pangkat dan semoga Pn. Kasuma  terus maju jaya di tempat baru.






PROGRAM : BOOKS4U
TARIKH : 18 JULAI 2017

Program Books4U  bertujuan untuk memudahkan warga PKB untuk mengakses buku-buku terkini yang terdapat di dalam Perpustakaan PKB. Aktiviti yang dijalankan adalah Perkhidmatan Pinjaman Buku, Mystery Box dan Lucky Draw. Program ini telah dijalankan di ruang legar perpustakaan  dan mendapat sambutan yang positif dan memberangsangkan  dari pelajar dan  staf PKB.

Suasana santai semasa program Books4U...

Comments

Popular posts from this blog

Sekitar 2023 (Julai- September)

Sekitar 2024 (Jan - Mac)

Sekitar 2023 (Oktober -Disember)